Monday, 22 October 2018

Pengalaman Jaga Anak Eczema (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua,
Kali ni nak cerita sikit pengalaman saya yang terpaksa jaga anak eczema. Anak mula kena eczema masa dalam pantang rasanya, ataupun lepas pantang, gitu la lebih kurang, tak ingat sangat. Hehe.

Eczema dia bukan jenis dekat muka je tau, tapi seluruh badan. Daripada atas kepala, sampai la ke kaki. Bayangkanlah betapa kesiannya tengok anak merah satu badan. Bila nak mandi la paling azab, pedih kena air. Menangis je sepanjang masa. Kalau cuaca panas lagi la kesian, dia akan start gatal dan menggaru kulit dia. Kalau dibiarkan dia garu memang luka la. Berdarah tu biasa dah.

Eczema ni keadaan kulit dia yang terlalu kering, jadi apabila terlampau kering tu yang menyebabkan dia gatal. Tambah pula kalau dah memang luka merah2 tu, lagi la gatal kat tempat tu. Huhu. Siapa ada anak eczema mesti faham keadaan tu. Kalau setakat dekat muka je ok lagi. Ni satu badan, tu yang sedih tengok. Dia asyik nangisss je sampai kita pun jadi stress tau. Pernah la jugak terjerit dekat dia sebab dia nangis tak berhenti-henti. Tapi kita tak duduk tempat dia, kita tak tau apa dia rasa kan?

Waktu tido pulak, kena bergayut dengan nenen je sampai pagi. Sebab tu je yang boleh buat dia rasa selesa. So, layan je la. Masa tu tak fikir diri sendiri dah, fikir nak bagi anak sihat je. Nak bagi kuat antibodi dia untuk lawan penyakit. Ni anak dah besar ni baru la rasa kesannya, sebab terlampau mengiring sangat tidur tak beralih2, terasa gak la sakit badan.

Bermula la alkisah mama mencari ubat, mencari penawar untuk Nor Afiqah. Daripada klinik pakar, sampai la bidan. Pergi klinik pakar kanak2, doktor bagi losyen untuk sapu supaya kulit dia tak kering, lepas tu mandian untuk bagi dia mandi. Gigih la mama 24 jam jaga, sapu losyen tu selalu, bagi mandi guna mandian tu. Sambil tu google juga cari info. Terjumpa la ramai yang bagitau tak elok guna losyen dan mandian gitu sebab ada steroid. Akan bagi kesan dekat baby, untuk jangka masa panjang. Sebenarnya masa guna kedua-dua ni, kulit Afiqah memang licin, TAPI bila saya stop je guna, kulit dia naik merah balik. So, sejak tu memang stop terus, tak berani nak sapu dah, lepas tu memang menyesal gila sebab guna losyen tu. Huhu. Obviously ia tak merawat, ia cuma menghilangkan simptom dan mengawal je. Even aunty dekat kaunter klinik pakar pun cakap gitu.

Selain tu, pernah guna daun semambu (kalau tak salah) untuk bagi dia mandi. Daunnya tajam2, kesian juga la nak mandikan dengan daun tu, tapi buat je sebab abah yang tanya dekat bidan kampung, dia suruh guna daun tu. Tawakal je la. So, lepas mandi tu, beberapa hari, kulit dia start licin. Tapi sementara je, lepas tu naik balik merah. Huhu. So, memang tak teruskan dah. Lagipun kesian kena mandi daun yang tajam gitu.

Lepas tu juga ada seorang kawan saya bagi sabun (warna hijau), saya tak nak sebut la jenama nya. Tapi dia bagi FREE je sebab nak tolong katanya, kesian tengok anak saya. Jadi, saya pun guna la sabun tu, nak kata nampak hasil tu takde sangat la. Biasa je. Lagipun saya perasan sabun tu mengeringkan kulit. Jadi, saya stop juga guna sabun tu.

Dalam pada mencuba macam-macam ni, saya ada beli minyak zaitun, tapi beli yang brand biasa, yang murah punya, RM25 sebotol untuk 250ml kalau tak salah saya. Saya guna untuk sapu di kulit dia lepas mandi. Sapu satu badan ok, dari kulit kepala sampai kaki. Setiap kali lepas mandi. Mula2 tak nampak beza sangat, tapi disebabkan tu je minyak yang natural dan sunnah nabi kan, jadi saya teruskan je sapu, lagipun takde effect pelik2 pun kan. So, guna je minyak zaitun tu. Lama kelamaan saya nampak macam dah kurang sikit kulit kering dia. Tak banyak, tapi nampak la kurang. Saya yang tengok hari2, saya tau la kan. Hehe.

Lepas tu cari2 info lagi, saya pun decide untuk beli Extra Virgin Olive Oil, cari dekat instagram masa tu. Terjumpa la satu ig ni, dia jual PEVOO, Palestin Extra Virgin Olive Oil. Sama je macam EVOO, cumanya PEVOO ni dari Palestin. So, saya pun beli la, dan sapu macam biasa dekat kulit dia. Ambil masa nak elok, tapi memang boleh nampak perubahan, yang penting SABAR. Sebab dia ambil masa untuk pulihkan kulit. Selain PEVOO, saya juga makan Gam Arab @ Al-Manna untuk dalaman. Sebab sebelum tu pernah juga pantang makan ayam, tapi macam tak berapa menjadi pun, tetap sama je kulit dia. Afiqah menyusu badan sepenuhnya, tu yang mencari juga info untuk dalaman saya. Sejak amalkan Gam Arab tu paling obvious dan cepat perubahan dia. Makin elok kulit dia. Sedikit demi sedikit. Makan masa, tapi bila stop tak jadi merah semula. Tu yang penting, barulah namanya MERAWAT. 😊

Ada satu lagi yang membantu jugak pemulihan kulit dia. Siapa nak tau? Nanti saya sambung next entry ye. Bahagian 2. 😁

Ni gambar Afiqah masa eczema terukπŸ‘‡


Muka merah macam udang kena bakar. 😒

No comments:

Post a Comment