Wednesday, 5 June 2019

Kelebihan Solat Lima Waktu

- kebanyakn otot dan sendi kita bergerak semasa solat, menyamai aktiviti senaman ringan
    * yg malas sgt nak bersenam tu, solat pon satu senaman jugak ye

- keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur
    * rasenye semua org bile dah puas tido, bangun tido tu best je rase kan?



- ketika solat jemaah, cas tubuh manusia akan mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh, orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.
   * selain tu, dpt pahala yang berganda kan...korang xnak?

- terapi solat boleh merawat mati pucuk
   * sape yg ade masalah tu, elok sgt la tu..silakan solat..wajib ye..

- kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika sujud
  * lebih baik drpd keadaan berbaring





Subhanallah..banyak kan kelebihan solat ni..kalo korang malas jugak nak solat tak tau laaa. 😅

Tuesday, 14 May 2019

KITA JE YANG BOLEH UBAH HIDUP KITA SENDIRI (Bahagian 1)



Dulu masa mula-mula join IMKK, bulan Nov 2018, IMKK terakhir Dr. Azizan Osman, saya daftar beli tiket masa tu harga rm90++ xingat jumlah sebenar. Masa beli tiket tu duit dalam akaun memang cukup2 je untuk tiket. Masa tu bisnes struggle gila2 sebab duit modal dah keluar banyak, tapi hasil tak seberapa. Agak stress jugak memandangkan anak2 kecik lagi, ada hutang yang perlu dibayar setiap bulan, dengan takde pendapatan tetap.

Apa yang saya buat sebelum daftar tu, saya selalu tengok video2 DAO dalam fb group Nak Ubah Hidup, dan bila ada je duit, saya daftar kelas online yang berbayar di website Richworks Academy. RM38 kot tak silap saya yurannya. Kita boleh tengok video dalam course tu berulang2 kali dalam tempoh masa berapa hari yang dibenarkan, mengikut course.

Bermula kat situ la, saya tonton semua video2 dalam tu. Bila anak2 semua dah tido, saya akan tonton video2 dalam tu berulang2 kali. Daripada situlah saya terbuka hati nak pergi kelas DAO, saya nak rasa sendiri aura beliau, nak rasa pengalaman duduk dalam kelas offline. Disebabkan seronok dengar perkongsian orang2 berjaya, anak didik DAO yang bermula dari bawah. SEMUA bermula dari susah, dari miskin, duduk di setinggan.

Ada masanya saya tonton sampai pukul 2 pagi video2 tu, sampai menitiskan air mata pun pernah. Sangat tersentuh dengan ketabahan mereka dan apa yang DAO ajar. Kalau beliau tak bagus, takkan la begitu ramai anak didik beliau berjaya. Kan?

Ada satu video yang paling terkesan dan saya ingat sampai sekarang, dan ia menjadi salah satu pembakar semangat saya untuk daftar IMKK. Nak tau tak video apa?

Saya sambung next entry ye. Tungguuuu 😘

Saturday, 11 May 2019

First Time Guna Ezibox Poslaju

Assalamualaikum uollsss 😍

Uollss pernah dengar tak Ezibox? Kalau tak pernah dengar takpe, sebab saya pun baru first time dengar. Disebabkan kes seorang customer saya ni. 

Alkisahnya saya pos barang daripada Pejabat Pos Chemor. Keesokan harinya posmen pergi hantar barang, tak jumpa cari rumah. Jadi poslaju hantar sms dekat no fon customer bagitau suruh ambik barang dekat Ezibox Petronas Jalan Raja Dihilir, Ipoh. Dalam sms tu diorang bagi no pin untuk dimasukkan masa ambil barang nanti. 

Tapiiii masalahnya customer plak takde transport nak pergi ambik. So, dipendekkan cerita, saya pun pergi la tolong ambikkan. Kelakor kan, saya yang pos, lepas tu saya yang pergi ambik dekat ipoh. Baik saya hantar je terus dekat customer kalau tau nak jadi macam ni. Rumah customer pun dekat ipoh jugak. 😅

Tapi takpe lah, mesti ada hikmah kalau Allah bagi ujian tu, kan? Salah satunya ialah saya tau pasal kewujudan Ezibox ni dan boleh belajar cara guna. Senang je guna sebenarnya. Excited jap bila jumpa menatang tu. 😁😁😁

Kita hanya perlu masukkan tracking no barang tu, lepas tu no pin yang dorang bagi dalam sms tu. Lepas tu kita diminta masukkan nama dan no kad pengenalan, sama macam kalau kita terima barang kat rumah tu, kena tulis nama dengan no ic kan. Lepas tu siap! Box yang ada parcel kita akan terbuka sendiri, kita boleh ambik barang kat situ dan tutup semula pintu box tu. Boxnya bentuk macam loker. Kalau nak resit, boleh masukkan email selepas mengambil barang tu.

Senang je kan? Bagus juga benda ni, especially bagi yang selalu takde kat rumah. Ezibox ni dibuka 24 jam. Dalam kes saya, locker2 tu diletakkan di bahagian luar petronas. Sangat mudah untuk diakses. 😍😍😍

Tu la dia pengalaman pertama guna Ezibox ni. Kebanyakannya ada di KL dan Selangor. Dekat Perak baru ada beberapa je. Semoga poslaju dapat menambah lagi Ezibox ni sebab dia sangat best. Sangat memudahkan kerja. 😊


Saturday, 10 November 2018

JUMPA PAKWE 1 KILOMETER BAU MINYAK WANGI DIA 😂



Siapa macam tu? Baik ngaku cepat! Sampaikan orang dalam rumah semua dah tau dah, kalau bau minyak wangi dia je satu rumah, tu tanda-tanda dia nak keluar dating la tu. 😂😂😂

Tak salah pun berwangi-wangian, Allah suka yang bersih, yang wangi. Bahkan ianya adalah sunnah nabi, memakai wangi-wangian. TAPI dengan niat yang betul, pakai untuk gembirakan suami, untuk bagi keyakinan pada diri sendiri, kalau solat jemaah pulak, pakai la wangian supaya makmum sebelah tak pengsan solat sebelah korang dek kerana bau keti** masam korang. 😁

Pastikan juga minyak wangi yang digunakan tidak mengandungi bahan yang terlarang, yang tidak halal dan tidak sah dibawa solat. Kalau kurang yakin, guna je Vial Perfume Japanese Sweet Cherry ni, saiznya kecik comey je, boleh buh dalam inner snowcap korang tu. Agak2 busuk je boleh amik dan terus spray. 😁😁😁

#VialPerfume #JapaneseSweetCherry #SepuluhRinggitJeSebotol


MASUK NERAKA KERANA LIPSTIK?



Bunyinya macam pelik, tapi itulah hakikatnya kalau lipstik atau apa sahaja produk mekap yang anda gunakan tidak dicuci dengan sebersih-bersihnya tanpa meninggalkan kesan yang boleh menyebabkan air wuduk tidak sampai ke kulit. Wuduk akan menjadi TIDAK SAH. Kalau wuduk pun tak sah, apa lagi solat dengan wuduk yang tidak sah, agak2 Allah terima tak solat kita? Nauzubillah. 😢

Pastikan anda guna mekap yang bukan waterproof (kalis air) dan mudah dicuci untuk berwuduk. Wuduk sempurna, solat sempurna, insyaAllah rezeki anda akan mencurah-curah. Kita buat sebab nak Allah sayang, nak Allah redha, bukan pakai mekap sampai nak kena tonyoh2 muka nak tanggalkan mekap tu, semata-mata nak nampak cantik di mata manusia je. 😉

#NurraysaExecutivePartner #ProdukMesraWudukNo1diMalaysia #AdaCahayaDiWajahMu

Friday, 26 October 2018

Testimoni Vit. C, Vit. E & Gluta Plus








Scrub Pack Kecil

Nak CERAH seluruh badan? Kulit selembut bayi?

Daki-daki susah betul nak tanggal kan? Jom try Scrub ni, boleh guna untuk muka dan badan tau 😍😍

Serendah RM15 je , pack kecik 👇

Siapa dah cuba scrub ni? Ce komen sket feedback 😉