Assalamualaikum uollsss 😍
Uollss pernah dengar tak Ezibox? Kalau tak pernah dengar takpe, sebab saya pun baru first time dengar. Disebabkan kes seorang customer saya ni.
Alkisahnya saya pos barang daripada Pejabat Pos Chemor. Keesokan harinya posmen pergi hantar barang, tak jumpa cari rumah. Jadi poslaju hantar sms dekat no fon customer bagitau suruh ambik barang dekat Ezibox Petronas Jalan Raja Dihilir, Ipoh. Dalam sms tu diorang bagi no pin untuk dimasukkan masa ambil barang nanti.
Tapiiii masalahnya customer plak takde transport nak pergi ambik. So, dipendekkan cerita, saya pun pergi la tolong ambikkan. Kelakor kan, saya yang pos, lepas tu saya yang pergi ambik dekat ipoh. Baik saya hantar je terus dekat customer kalau tau nak jadi macam ni. Rumah customer pun dekat ipoh jugak. 😅
Tapi takpe lah, mesti ada hikmah kalau Allah bagi ujian tu, kan? Salah satunya ialah saya tau pasal kewujudan Ezibox ni dan boleh belajar cara guna. Senang je guna sebenarnya. Excited jap bila jumpa menatang tu. 😁😁😁
Kita hanya perlu masukkan tracking no barang tu, lepas tu no pin yang dorang bagi dalam sms tu. Lepas tu kita diminta masukkan nama dan no kad pengenalan, sama macam kalau kita terima barang kat rumah tu, kena tulis nama dengan no ic kan. Lepas tu siap! Box yang ada parcel kita akan terbuka sendiri, kita boleh ambik barang kat situ dan tutup semula pintu box tu. Boxnya bentuk macam loker. Kalau nak resit, boleh masukkan email selepas mengambil barang tu.
Senang je kan? Bagus juga benda ni, especially bagi yang selalu takde kat rumah. Ezibox ni dibuka 24 jam. Dalam kes saya, locker2 tu diletakkan di bahagian luar petronas. Sangat mudah untuk diakses. 😍😍😍
Tu la dia pengalaman pertama guna Ezibox ni. Kebanyakannya ada di KL dan Selangor. Dekat Perak baru ada beberapa je. Semoga poslaju dapat menambah lagi Ezibox ni sebab dia sangat best. Sangat memudahkan kerja. 😊
No comments:
Post a Comment